Sunday, March 7, 2010

Menghilangkan bekas jerawat



menghilangkan bekas jerawat

Di sini ingin dikongsikan beberapa tips untuk menghilangkan bekas jerawat yang mungkin sesuai untuk anda. Silalah mencuba:

1. Tip menghilangkan bekas jerawat yang pertama ialah ambil sedikit asam jawa dan beberapa cm kunyit. Kunyit ini perlu di tumbuk, dicampurkan dengan asam jawa serta sedikit air. Setelah ia sebati, sapukan sebagai masker pada muka. Kemudian biarkan untuk selama 20 minit. Selepas itu cuci bersih.

2. Air jeruk nipis juga boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat. Campur air jeruk nipis dengan satu senduk minyak masak. Sapukan pada seluruh muka sebelum tidur. Pada waktu pagi, ambil asam gelugur (asam jawa pun boleh) dan rendamkannya ke dalam air panas. Apabila air telah menjadi hangat (suam2 kuku), basuhlah air itu ke muka kita, asamnya di gosok pada tempat yang berjerawat atau yang ada parut jerawat . Beberapa minit selepas itu, basuhlah dengan air biasa. Semoga ia dapat menolong menghilangkan bekas jerawat.

3. Tip untuk menghilangkan bekas jerawat seterusnya ialah campur bedak sejuk dengan garam serta air asam jawa. Sapukan di muka dan pada tempat berjerawat.

4. Bersihkan muka. Cuci dengan menggunakan air kelapa tua. Apabila ia telah kering sendiri, cuba bilas dengan air bersih. Semoga dapat menolong menghilangkan bekas jerawat

5. Sila ambik sikit kanji. Kemudian sapukan pada jerawat, serta biarkan ia kering di muka. Cucikan ia dengan air hangat.

6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Apabila kering, cuci dengan air bersih.

Harap tip-tips di atas akan dapat menolong anda untuk menghilangkan bekas jerawat

menghilangkan bekas jerawat

No comments:

Post a Comment